KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta termasuk cukai, di sebuah stesen minyak berhampiran Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu, 23 Mei lepas.
Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan berkata operasi itu dijalankan oleh lapan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang pada 1.30 tengah hari selepas seminggu risikan.
Beliau berkata pemandu lori itu dipercayai dalam perjalanan dari Pantai Timur dan berhenti di lokasi tersebut untuk mengisi minyak.
"Setelah pemeriksaan dijalankan kami menemukan 2.1 juta batang rokok putih yang disyaki barang import berjenama U2 disimpan di dalam 210 kotak yang dibalut plastik berwarna kuning.
"Taktik yang digunakan oleh sindiket ini ialah menggunakan lori kanvas dan bergerak aktif pada waktu kemuncak bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JKDM Pahang Wan Apandi Wan Hassan.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai menggunakan laluan laut untuk menyeludup rokok berkenaan sebelum memuatkan barangan berkenaan ke dalam lori dan diedarkan di kawasan Pantai Barat.
Katanya pemandu lori warga tempatan berusia 36 tahun itu direman selama 14 hari hingga 6 Jun bagi membantu siasatan mengikut Akta Kastam 1967.
Sementara itu, Zazuli berkata orang ramai disaran membantu pihaknya dalam memerangai jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah, serta dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.
Orang ramai boleh memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Zazuli (dua, kanan) menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media berhubung kejayaan JKDM Pahang mematahkan aktiviti penyeludupan rokok di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah hari ini. - Foto Bernama
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Kastam Kelantan rampas 1.86 juta batang rokok seludup di Gua Musang
Kastam Kelantan berjaya merampas sejumlah 1.86 juta batang rokok bernilai RM1.45 juta dalam serbuan di Gua Musang.
Kastam rampas rokok bernilai RM3.9 juta
JKDM merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 Sept lepas.
Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta.
FRU, Unit Berkuda Bukit Aman rampas rokok seludup RM2 juta, tahan 2 lelaki
Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.
Kastam Thailand rampas 200,000 bungkus rokok dari Malaysia
Kastam Thailand merampas 200,000 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM2.2 juta dipercayai dari Malaysia, dalam satu operasi Khamis lepas.